Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia akan dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1431 Hijrah. Anugerah itu akan dikurniakan oleh YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di dalam majlis sambutan Maal Hijrah yg berlangsung pada hari pertama tahun baru Hijrah, 1 Muharram yg jatuh pada hari Jumaat, 18 Disember 2009.
Anugerah dikurniakan kerana menghargai keilmuannya, jasanya dan kesungguhannya memberi khidmat kepada Islam dan umat Islam, menyebarkan Thaqafah Islamiah, membela dakwah Islam dan membangkitkan kesedaran Islam.
Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yg memberikan sumbangan dan khidmat yg besar kepada umat Islam, yg mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Dr. Al-Qaradawi bertolak dari Doha ke Kuala Lumpur pada hari ini (Rabu) 16 Disember 2009. Beliau juga akan memberikan syarahan tentang Risalah Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam di dalam majlis yg akan dihadiri oleh para ulama, pimpinan-pimpinan kerajaan dan orang awam. Beliau juga akan menyampaikan pengajian dalam pertemuannya dengan para mufti, ahli-ahli majlis fatwa dan para ulama.
Beliau juga dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk satu program Pidato Perdana Ma'al Hijrah. Butir-butir maklumat ialah seperi berikut:

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah, Masjid Negeri Shah Alam
Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 disember 2009
Program bermula dengan solat magrib sehingga tamat.
Sebelum ini, antara yg menerima anugerah ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 Hijrah ialah anugerah ke-8 peringkat antarabangsa yg diberikan kepada Dr. Yusuf Al-Qaradawi.
Sumber:
http://www.qaradawi.net/
http://www.islamonline.net/
http://zul4kulim.blogspot.com/

0 comments:
Post a Comment