www.ghazali.org : Laman web Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Dicipta oleh pencinta ilmu Al-Ghazali.





www.alhabibali.com: Laman web pendakwah terkenal, Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jifri. Seorang ulama berketurunan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam yg giat berdakwah ke serata dunia.




www.bouti.com : Laman web Doktor Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Bouti. Kelas pengajiannya di Syria sentiasa dihadiri oleh ribuan muslim di sana.




www.alhabibomar.com : Laman web Ad-Daie Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz. Ulama tersohor dari negeri Hadramaut di Yaman.




www.amrkhaled.net : Laman web pendakwah popular, Amru Khaled. Beliau berasal daripada Negara Mesir.




www.saidnur.com : Laman web Badiuzzaman Sa'id Nursi. Seorang Mujaddid kelahiran Turki. Pengarang kitab Rasail Nur.





www.qaradawi.net : Laman web Doktor Yusuf Al-Qaradawi. Ulama tersohor dunia. Presiden Al-Ittihad Al-'Alami li Ulama Al-Muslimin. (Persatuan Ulama Sedunia)




www.zuhayli.net : Laman web Doktor Wahbah Az-Zuhaili. Ulama kelahiran Syria. Pengarang kitab Tafsir Al-Munir dan Fiqh Al-Islami yg tersohor.




www.aboghodda.com : Laman web Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Kelahiran Syria. Alim besar dalam bidang hadith dan banyak mentahkik kitab-kitab yg bermutu. Belajar dengan guru-guru yg terkenal. Sezaman dengan Imam Hasan Al-Banna. Aktif dalam gerakan Ikhwan di Syria.



www.suhaibwebb.com : Laman web seorang rakan dan pendakwah yg saya geruni, Syeikh Suhaib Webb. Pendakwah kelahiran Amerika ini berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Pertama kali bertemu beliau di Mesir, kami berbual tentang Malaysia. Ketika itu saya tak tahu beliau ialah 'Suhaib Webb'!



www.harunyahya.com : Laman web Adnan Oktar atau nama penanya, Harun Yahya. Kelahiran Turki. Musuh ketat ideologi Materialisme dan Darwinisme.





www.al-razi.net : Laman web Imam Fakhruddin Ar-Razi. Dikelolakan oleh Syeikh Sa'id Fudah, ulama hebat di Jordan.



www.alghazaly.org : Laman web Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Bapanya menamakannya sedemikian untuk bertabarruk dengan nama Imam Muhammad Al-Ghazali. Ulama Mesir yg sezaman dan rapat dengan Imam Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna menggelarnya sebagai 'Adib Dakwah' yg bermaksud Ahli Sastera Dakwah.



www.abdelkafy.com : Laman web Doktor Umar Abdul Kafi. Ulama kelahiran Mesir. Beliau menghafaz Sohih Bukhari dan Muslim beserta dengan sanadnya.




http://el-wasat.com/assawy : Laman web Doktor Solah Sowi. Ulama kelahiran Mesir. Beliau merupakan Setiausaha Agung Assembly of Muslim Jurist Of America (AMJA)




www.okamel.com : Laman web Doktor Umar Abdullah Kamil. Ulama kelahiran Mekkah Al-Mukarramah. Menjawab banyak persoalan-persoalan kontroversi sekitar Bidaah dan yg seumpamanya melalui kitab-kitab karangannya. Mempunyai karya dalam pelbagai bidang ilmu.



www.drsano.net : Laman web Profesor Dato' Doktor Sano Koutoub Moustapha. Menerima 'The Quality Research Award for Best Research Year 2000/02 (University Level) IIUM', 'The Excellent Researcher Award for the Faculty of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM 'dan 'Candidate for King Faisal International Award for Islamic Studies (Usul Fiqh) year 2005'. Pada tahun 2008, beliau menerima 'Certificate of Appreciation from ISESCO in recognition of oustanding contribution to the promotion of higher education in the Muslim world.'


www.binbayyah.net : Laman web Syeikh Abdullah bin Bayyah. Ulama terkenal kelahiran Mauritania. Pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Keadilan dan Timbalan Presiden Mauritania. Kemudian berpindah ke Arab Saudi dan menjadi Profesor Usul Fiqh di sebuah universiti di sana.




www.naiem.com : Laman web Syeikh Muhammad Naiem 'Aroqsusi. Ulama kelahiran Syria. Memperoleh ijazah Qiraat Sepuluh melalui Syeikh Muhyiddin Al-Kurdi. Terlibat aktif dalam kerja mentahqiq kitab-kitab Turath seperti Siyar 'Alam An-Nubala' dan Musnad Imam Ahmad.




http://elsharawy.com : Laman web yg menyediakan audio kelas pengajian Tafsir Syeikh Muhammad Mutawali As-Sya'rawi untuk didownload. Juga menyediakan karya penulisan Syeikh dalam bentuk fail PDF.




www.adnanibrahim.net : Laman web Syeikh Adnan Ibrahim. Ulama kelahiran Gaza, Palestin. Menetap di Vienna, Austria. Al-Bouti memujinya dengan berkata, "Orang Islam yg hidup di negara Barat ini akan berada dalam kebaikan selagimana wujudnya individu seumpama Syeikh Adnan."



www.abdullahelwan.net : Laman web Syeikh Murabbi Abdullah Nasih 'Ulwan . Aktif dalam Ikhwan sejak remaja. Terkenal dengan penulisannya yg bermutu. Ketika peperiksaan Master di Mesir, beliau menjawabnya dalam keadaan tangan yg digari. Selesai peperiksaan, terus diterbangkan ke tanah air, Syria. Ketika di hospital, beliau meletakkan bantal di hadapan, lalu menulis kitab Silsilah Madrasah Du'at yg belum disiapkannya.



www.ahmed-deedat.net : Laman web pendakwah tersohor, Syeikh Ahmad Deedat. Titik permulaannya dalam bidang dakwah ialah apabila pendakyah Kristian melontarkan banyak soalan tentang Islam lalu gagal menjawabnya. Maka, beliau mula mempelajari Injil dengan mendalam lantas meninggalkan perniagaannya, terjun ke medan dakwah dan berdebat dengan ramai paderi dunia.


http://alimamalallama.com : Laman web Syeikh Ali Jum'ah, Mufti Kerajaan Mesir. Mempunyai sanad keempat-empat mazhab. Antara gurunya yg masyhur ialah Syeikh Abdullah bin As-Siddiq Al-Ghumari dan Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah.

Tuan Guru Pak Teh Kroh kembali ke rahmatullah


Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/


21 Syawal 1431H.

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.


Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Ustaz Ahmad Sonhadji kembali ke rahmatullah


1. Tanggal 2 Ramadhan 1431 bersamaan 12 Ogos 2010 [ Khamis ] menjadi detik bersejarah apabila seorang tokoh agama atau ulamak tersohor nusantara yang telah mengarang lebih 1000 buah kitab kini telah kembali ke Rahmatillah.

2. Jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al Muhajirin Singapore . Al Faatihah .

3. Al Marhum kembali ke rahmatillah pada usia 88 tahun [ 1922 - 2010 ] . Sepanjang usianya diabadikan untuk memberi khidmat membimbing ummah khususnya melalui rancangan beliau yang popular iaitu Tafsir di radio yang kemudianya dibukukan sebagai Tafsir Al Athir .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mewakili seluruh warga pemuda gerakan Islam mengucapkan takziah kepada keluarga al Marhum atas pemergian seorang ulamak dan pejuang yang terkenal dan istiqamah . Semoga Allah merahmati kita semua .

5. Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed juga merupakan pelajar lulusan Madrasah Al Junaid Singapore [ 1937 - 1944 ] . Buku tersohor beliau ialah Marilah Sembahyang sehingga ia diulang cetak sehingga ke hari ini bahkan diterjemah kedalam pelbagai bahasa termasuk Korea .

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Buku Baru Dr Adian Husaini (Gratis/Free)



Judul buku:
Pendidikan Islam: Membangun Manusia Berkarakter dan Beradab

Penulis:
Dr. Adian Husaini (untuk lebih mengenali beliau, sila baca di website beliau sendiri)

Penerbit:
Program Pendidikan Islam -- Program Pasca Sarjana Universitas Ibn Khaldun Bogor bekerjasama dengan Cakrawala Publishing Jakarta

Tebal dan Ukuran:
xxvi + 188 hlm.; 14 x 21 cm

MENGAPA BUKU INI PENTING?

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Pembaca yang dirahmati Allah...

Buku PENDIDIKAN ISLAM: MEMBANGUN MANUSIA BERKARAKTER DAN BERADAB, merupakan panduan dalam memahami tujuan dan sifat pendidikan Islam. Buku ini bukan hanya ditujukan untuk para ulama, pejabat, dosen, mahasiswa, guru, dan murid, tetapi juga penting untuk setiap orang tua.


Banyak yang kadang salah paham, bahwa pendidikan Islam, terbatas pada pendidikan formal sekolah. Banyak pula yang salah paham, seolah-olah, tanggung jawab orang tua telah usai, setelah mengirimkan anak-anaknya ke sekolah-sekolah tertentu, yang berbiaya tinggi. Padahal, tanggung jawab pendidikan anak tetap pada orang tua.

PENDIDIKAN ISLAM bukan hanya harus mampu membentuk karakter yang unggul, tetapi juga membentuk manusia beradab; atau membentuk manusia yang baik (good man). Yakni, manusia yang mengenal Tuhannya, mengenal dan mencintai utusan Allah, mengenal dan mampu megembangkan potensinya, dan meyakini satu kebenaran.

PENDIDIKAN ISLAM bersifat kulliyah, bukan juziyyah; universal, bukan parsial. Pendidikan Islam tidak mengarahkan anak didik menjadi manusia "barbar", yang dididik seperti binatang. Yakni, manusia yang hanya tahu satu bidang pekerjaan, tetapi tidak kenal agamanya, Tuhannya, Nabinya, masyarakatnya, bahkan sejarahnya.

PENDIDIKAN ISLAM bersifat sepanjang hayat, bukan hanya berhenti sampai S1 atau S3. PENDIDIKAN ISLAM bersifat tauhidik, tidak dikotomis dalam keilmuan. PENDIDIKAN ISLAM, bersifat formal, informal, dan non-formal sekaligus.

PENDIDIKAN ISLAM adalah satu bentuk amal nyata dalam jihad fi sabilillah dalam aktivitas dakwah dan menyiapkan generasi mendatang unggul.

SILAKAN men-download buku ini. Jika berkenan, bisa memberikan INFAQ SUKARELA Rp 10.000. Infaq itu akan kami gunakan untuk membantu pengembangan TK/TPA dan kesejahteraan guru-guru TK/Taman Pendidikan AlQuran At-Taqwa yang kami kelola.

TK at-Taqwa, beralamat di Komplek Timah CCV/99-101, Kelapa Dua, Depok 16951. (Telp. 021-87710496, 0813-18566316). TK ini telah berdiri sejak tahun 2.000, dan telah meluluskan sekitar 700 orang alumni. Kini, jumlah muridnya 125 orang, dengan guru 13 orang. Sejak beberapa tahun terakhir, juga kami kembangkan TPA at-Taqwa di sore hari, dengan jumlah santri sekarang 75 orang, dan guru 5 orang.

TK/TPA At-Taqwa merupakan salah satu "laboratorium" dan tempat praktik konsep-konsep Pendidikan Islam yang kami kelola, disamping beberapa sekolah, pesantren, dan perguruan tinggi. TK at-Taqwa telah Terakreditasi A, meskipun menempati lokasi dan gedung yang sangat sederhana. TK/TPA at-Taqwa berprinsip, pendidikan memang perlu biaya dan harus dikelola secara ikhlas serta profesional, tetapi tidak boleh seorang ditolak belajar hanya karena tidak punya biaya. Kami bersyukur selama ini ada sejumlah donatur yang setia membantu biaya sekolah sejumlah murid kami.

Kami berkeyakinan, perbaikan Pendidikan Islam adalah jalan yang strategis dan mendasar bagi perbaikan umat Islam dan bangsa Indonesia di masa depan. Sebab, dari pendidikan inilah, kita harapkan akan lahir kader-kader unggulan atau manusia-manusia yang baik, yang akan mampu mengemban amanah perjuangan para Nabi.

Yang berminat berjihad fi sabilillah di bidang ilmu dan pendidikan, silakan bergabung bersama kami.

Selanjutnya, kami persilakan membaca sendiri buku yang sangat sederhana ini. Semoga bermanfaat dan mohon masukan yang ikhlas dan berharga untuk kemajuan Pendidikan Islam.

Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DR. ADIAN HUSAINI

(Pembina TK/TPA at-Taqwa, Komplek Timah, Kelapa Dua, Depok//Ketua Program Studi Pendidikan Islam -- Program Pasca Sarjana Universitas Ibn Khaldun Bogor).

NOTE BENE!

INFAK RP 10.000 KE BANK SYARIAH MANDIRI NO. 0677063398 a.n. Megawati atau BCA 4212346997 a.n. Megawati (Kepala Sekolah TK/TPA at-Taqwa).


Sumber: http://insistnet.com/

Ulama Syiah yg menongkah arus, as-Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah kembali ke rahmatullah


Ulama Syiah yg beraliran sederhana, yg menyeru kepada tajdid, yg menongkah arus, rujukan bagi pengikut Syiah di Lubnan iaitu as-Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah rahimahullah telah kembali ke rahmatullah pada 4/7/2010 ketika berusia kira-kira 75 tahun setelah mengalami pendarahan dalaman yg agak berat lalu dimasukkan ke hospital di Beirut pada subuh hari Jumaat yg lalu. Al-Fatihah!

Beliau dianggap sebagai salah satu simbol keagamaan terpenting bagi mazhab Syiah di peringkat dunia. Beliau dilahirkan di Bandar Najaf, Iraq pada tahun 1935 lalu berpindah ke Lubnan pada tahun 1966. Beliau dianggap sebagai pemimpin spiritual bagi gerakan Hizbullah di Lubnan yg bertanggungjawab memberi tarbiyah spiritual dan fikrah kepada kader-kader yg mengasaskan Hizbullah. Oleh sebab itu, beliau sangat dihormati oleh ahli-ahli gerakan walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam organisasi gerakan itu. Beliau berpengalaman dalam dunia politik dan sosial yg diperolehinya melalui penglibatannya dalam arena tersebut sejak 50 tahun yg lalu.

Fikrah dan pendiriannya yg amat berbeza

As-Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah tidak seperti ulama syiah yg lain. Beliau lebih sederhana dan inilah yg mencetuskan kontroversi di kalangan Syiah. Sebahagian mereka menganggap beliau telah terkeluar dari Islam bahkan ada yg membina sebuah website khusus, Zalaal.net (zalaal berasal dari perkataan ضلال yg bererti sesat) sebagai tindak balas kepada pendirian beliau yg dianggap sesat dan menyeleweng itu.

Beliau mempunyai pandangan dan pendirian yg agak berbeza serta berani berbanding ulama syiah yg lain. Beliaulah tokoh syiah yg mengisytiharkan bahawa haramnya menghina para isteri dan sahabat Nabi radiyallahuanhum. Beliau juga menafikan peristiwa Sayyiduna Umar al-Khattab radiyallahuanhu yg memukul Sayyidah Fatimah radiyallahuanha sehingga patah rusuknya sebagaimana yg popular di dalam kesusasteraan Syiah.

Beliau juga menafikan kewujudan 'Mushaf Fatimah' iaitu al-Quran versi Syiah yg kononnya mengandungi lebih kurang 16 000 ayat dan mushaf pada hari ini hanya sekitar 1/3 berbanding mushaf sebenar. Mushaf Fatimah dikatakan hilang dan akan muncul kembali apabila keluarnya Imam Mahdi versi mereka. Bererti beliau tidak berpendapat al-Quran itu mengalami kekurangan dan perubahan sebagaimana pegangan Syiah yg lain. Beliau mengiktiraf bahawa al-Quran ialah sebagaimana yg dicetak di Kilang Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah Munawwarah. Beliau juga mengingkari setiap perkara yg bercanggah dengan nas-nas al-Quran ini.

Bahkan beliau memperakui Bai'ah Sayyiduna Ali radiyallahuanhu kepada Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq radiyallahuanhu, mengiktiraf kepimpinan khalifah pertama itu. Beliau juga menegaskan bahawa Sayyiduna Ali radiyallahuanhu ialah penasihat kepada khalifah-khalifah sebelumnya – membantu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Beliau juga menafikan taqdis (menyucikan) para imam mereka daripada kesalahan, menafikan pengetahuan mereka tentang perkara-perkara ghaib serta menolak dakwaan kononnya kedudukan para imam mereka lebih tinggi berbanding kedudukan para nabi! Dan ini berbeza dengan pendirian kebanyakan ulama rujukan Syiah yg lain yg diketuai oleh Ayatullah Khomeini.


Beliau juga menganggap sikap ghuluw kepada Sayyidina Ali dan beriktikad akan ketuhanannya atau iktikad yg hampir kepada ketuhanan ialah satu kekufuran. Beliau juga ingkar kepada amalan sebahagian Syiah yg mencederakan kepala dan belakang badan sehingga berdarah sempena Hari 'Asyura, beliau beranggapan amalan itu sebagai satu kesalahan dan maksiat. Bahkan beliau juga menolak perbuatan Syiah yg sujud di atas batu-batu (batu yg diproses dari tanah Karbala – tapak pembunuhan Sayyiduna Husain) ketika solat. Beliau menambah lagi bahawa yg thabit daripada para ulama Fiqah Ahlil Bait ialah tidak harus sujud kecuali di atas tanah.

Beliau juga menganggap lafaz أشهد أن عليا ولي الله (Aku bersaksi bahawa Ali ialah wali Allah) yg dilaungkan di dalam azan oleh Syiah itu tidak termasuk sebahagian daripada lafaz-lafaz azan. Beliau tidak bersetuju dengan sebarang penambahan dalam lafaz azan. Tetapi katanya memang terdapat khilaf pada lafaz حي على خير العمل (Marilah melakukan amalan yg terbaik). Beliau berkata terdapat riwayat daripada umat Islam Syiah bahawa lafaz itu termasuk sebahagian daripada lafaz-lafaz azan, tetapi ulama Sunni tidak berpendapat sedemikian sebagaimana ulama Syiah tidak berpendapat lafaz الصلاة خير من النوم (Solat itu lebih baik daripada tidur) yg dilaungkan semasa azan Subuh sebahagian daripada lafaz azan. Katanya lafaz أشهد أن عليا ولي الله bukanlah sebahagian lafaz azan dan tidak harus beriktikad ianya sebahagian daripada azan, sesungguhnya Syiah melakukannya ialah untuk bertabarruk (mengambil berkat).

Beliau juga menolak pembentukan Majlis Tertinggi Syiah di Lubnan kerana beranggapan ianya sepatutnya bersifat Islami dan bukan bersifat Syiah, yg sepatutnya menghimpunkan barisan ulama Sunni dan Syiah secara bersama.

Beliau berjuang ke arah segala keyakinannya itu dan sanggup melampaui pendirian mazhabnya sendiri. Beliau menyeru ke arah kesatuan ummah, beranggapan bahawa kesatuan ialah tali yg akan menyelamatkan ummah.

Beliau bukanlah sekadar ulama yg berserban, duduk di zawiyah bersama murid-muridnya, bahkan sentiasa tampil ke hadapan dalam peristiwa-peristiwa besar di Lubnan bermula dari penentangan bersenjata pada 1989 dan berakhir dengan pilihanraya di Lubnan pada 2009.

Di hospital, sebelum menghembuskan nafas-nafas terakhir


Cubaan membunuhnya

Segala tindakan dan keyakinan yg diperjuangkannya itu menjadi sebab kepada 3 kali cubaan membunuhnya tetapi semua cubaan itu menemui kegagalan. Sehingga sekarang masih belum diketahui siapakah dalang di sebalik usaha membunuhnya itu. Adakah CIA? Atau Mossad Israel? Atau anak bangsanya sendiri, rakan-rakan dari kalangan tokoh-tokoh agama yg berasa terganggu dengan kehadirannya serta keberaniannya mengkritik dasar-dasar pemikiran Syiah, 'pemberontakan'nya terhadap rujukan-rujukan hebat dari kalangan ulama Syiah dan penolakannya secara rasional terhadap mitos-mitos yg menjadikan ulama rujukan dan para imam mereka separa tuhan, dan apa sahaja yg melayakkan beliau menjadi sasaran untuk dibunuh. Bahkan beliau dituduh sebagai pembelot dan berusaha untuk meruntuhkan mazhab Syiah dari dalam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayatullah as-Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah rahimahullah. Amiiinnn...


Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1277898717095&pagename=Zone-Arabic-News%2FNWALayout

http://mdarik.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1265890495177&pagename=Zone-Arabic-MDarik/MDALayout


p/s: Bagi saya -berdasarkan kenyataan-kenyataan yg dikeluarkan beliau- beliau agak hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Wallahu'alam.

Muslim world to Put the Name of Prophet Muhammad (PBUH) on Moon

Canadian Astrophysicist and Cosmologist Dr Redouane Al Fakir chose Qatar to announce a historic mission that aims to put the Islamic world again at the frontiers of science.

To give the Muslim world a space program of its own, the Vancouver-based Muhammad Institute for Space Science will announce in Doha a space mission that will land a scientific station bearing the name of the Prophet Muhammad (PBUH) on the surface of the moon in 2013.




“A space program is something that is inevitable for all the nations today. It gives countries a voice and also brings in foreign investment.

That is why countries like India invest so much in space programs despite having millions in poverty. However, the Muslim nations are today lagging behind in space programs,” said Dr Al Fakir, Director and CEO of the institute.

Dr Al Fakir’s initiative for the moon station comes as a response to the attacks against Prophet Muhammad (PBUH). “We had planned to send a telescope into orbit by 2015.

It was then these attacks came and we needed to show the world that what the prophet had really strived for. Hence we started a new-bigger project — Muhammad Moon Station I,” he told The Peninsula.

Through the project, Muhammad Institute aims to honor Prophet Muhammad (PBUH) for his role in the birth of rational scientific explanation that led to scientific discoveries during the golden era of Islamic civilization and ultimately to modern science as we know it today.

Source: http://www.rohama.org/

http://www.islamonline.net/

TV biography on Egypt's Hassan el-Banna to be aired next Ramadan

A TV biography about the life of Hassan el-Banna who was the founder of Muslim Brotherhood in Egypt is started to shoot, an Arab report said.


A TV biography about the life of Hassan el-Banna who was the founder of Muslim Brotherhood in Egypt is started to shoot, an Arab report said on Monday.

It is planned to be aired next Ramadan.

A Jordanian actor Iyad Nassar is in the role of el-Banna in the biography written by Wahid Hamed and directed by Mohamed Yassin, Almasry AlYoum said.

The first part of the series will end at the point of el-Banna's death, in 1949.

So far six hours of shooting have been completed and another 14 weeks are anticipated to finish the project. Already finished are scenes on the current events the group is facing. Yassin will then start shooting the periods of the 1930s and 1960s, including the time of King Farouk, which will be shot inside Abdeen Palace.

Jom tonton Rabo3yat, beberapa minit sahaja!

Rabo3yat: Tazkirah ringkas mingguan bersama Al-Habib Muhammad bin Abdul Rahman As-Saggaf hafizahullah. Menarik! Tidak memakan masa yg lama, hanya beberapa minit sahaja! Jom tonton! Tazkirah beliau disampaikan dalam bahasa Arab tapi mempunyai sari kata dalam bahasa Inggeris.


# Laman web Rabo3yat: http://www.rabo3yat.com/
(Laman boleh diterjemah ke banyak bahasa)

Video boleh ditonton di laman web dan juga di Youtube.

# Rabo3yat di Youtube:
Dalam bahasa Arab di SINI.
Sarikata bahasa Inggeris di SINI.

# Rabo3yat di Facebook: SINI



Biodata Al-Habib Muhammad

Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin 'Alawi bin Abdullah bin Husain bin Muhsin bin 'Alawi bin Saggaf. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam melalui nasab Sayyidina Husain RadiAllahu'anhu. Beliau dilahirkan di Bandar Seioun di Hadramaut, Yaman pada tahun 1972. Maknanya umur beliau sekarang ialah 36 tahun. Kemudian 3 tahun setelah kelahirannya, beliau bersama ibubapanya telah berpindah ke Hijaz dan menetap di Jeddah.


Beliau mempelajari ilmu daripada para Masyayikh dan sanad pengajian beliau bersambung sehingga ke datuknya yg mulia, Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Antara para ulama yg berperanan mendidik beliau ialah:

1-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf Hafizohullah

2-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad Rahimahullah

3-Al-Imam Al-Allamah Muhadith Haramain Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Maliki Rahimahullah

4-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abu Bakar Al-'Adni bin Ali Al-Masyhur Hafizohullah

5-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah

Memadailah dengan menyebut nama mereka di atas bagi memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang keilmuan dan sanad pengajian beliau.

Operasi Dakwah

Beliau sibuk menceburkan diri dalam bidang dakwah kepada Allah Subhanahuwataala melalui cara yg berhikmah dan gaya penyampaian yg hebat. Keistimewaan dakwah beliau ialah pengorbanan beliau melakukan rihlah dakwah ke negara-negara yg jauh daripada para ulama dan masyarakat Muslim. Beliau menerokai dunia-dunia asing ini dengan membawa mesej Tauhid dalam situasi masyarakat dunia hari ini yg terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi lalu melupakan penciptanya. Muslim sendiri seolah-olah terlupa tanggungjawab mereka terhadap ummatul dakwah yg tinggal di ceruk-ceruk terpencil di dunia ini. Antara negara-negara yg pernah dijejaki beliau dalam meneruskan usaha dakwab ialah negara-negara di sebelah Afrika, seperti Kenya, Tanzania, Uganda. Beliau juga melakukan dakwah di Amerika, negara-negara Teluk, Yaman, Lubnan, Mesir dan Jordan.

Kisah di Afrika

Sebenarnya beliau baru sahaja pulang berdakwah di Afrika. Keletihan tampak di wajah beliau. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah Subhanahuwataala ratusan penduduk negara dunia ketiga itu mengucapkan kalimah syahadah. Pergolakan politik di negara tersebut tidak menghalang usaha dakwah beliau untuk memperkenalkan cahaya kebenaran kepada mereka. Mereka mendakwa bahawa tiada siapa yg membawa ajaran Islam dan membentangkannya kepada mereka. Mungkin sahaja usaha dakwah pernah dilakukan terhadap generasi sebelum mereka, tapi masa telah menelan segalanya. Maka, Al-Habib mengambil peranan mulia ini untuk mempamerkan Islam. Akhlak dan tuturkata yg indah amat penting dalam melumatkan kekufuran dan membenihkan keimanan di dalam hati-hati mereka.

Yang menariknya, beliau ada menceritakan tentang seorang Muslim yg menasihati beliau supaya membiarkan mereka dengan agama kufur mereka dengan alasan bahawa mereka tidak akan menerima Islam dan akan berkeras untuk kekal dalam agama asal. Anehnya, lelaki itu merupakan seorang yg terpelajar dan bukanlah orang awam. Tanggungjawab dakwah tidak boleh diabaikan. Lalu Al-Habib menjawab bahawa beliau ingin mencuba terlebih dahulu. Kerana Hidayah adalah milik Allah Subhanahuwataala dan Dia akan berikannya kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

Ketika berdakwah di Afrika

Al-Habib terus melaksanakan operasi dakwahnya itu. Tiba-tiba, dalam setengah jam atau sejam sahaja mereka sudah mahu memeluk Islam. Allahu Akbar!!! Ratusan manusia telah berjaya diislamkan! Lihatlah dunia, Islam itu akan tersebar dengan mulianya! Lalu Al-Habib berkata bahawa masalah sekarang ialah bukan mereka yg tidak mahu menerima Islam tapi kamu yg tidak mahu mereka menerima Islam!

Beliau juga menjelaskan lagi bahawa masyarakat awam sebenarnya seolah-olah sedang berkata-kata kepada para penuntut ilmu " Ajarlah kami, ajarlah kami..." Sesungguhnya Lisanul Hal afsoh min lisanil maqol...Sabda Rasululullah Sollallahualaihiwasallam " بلغوا عني ولو أية " bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".

Beliau juga menceritakan tentang seorang ulama Hadramaut yg berpindah ke Makkah untuk menuntut ilmu. Setiap hari beliau akan berdiri di hadapan Kaabah dan berdoa supaya ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan dan disampaikan ke seluruh pelusuk alam. Tetapi keadaan ketika itu seolah-olah tidak memungkin beliau untuk mencapai hasrat besarnya itu. Maka, beliau pulang ke Hadramaut dan mengajar di Ribat, Tarim. Hasilnya, kita sedang menyaksikan bahawa doanya itu dimakbulkan Allah. Para pelajar dari seluruh pelusuk dunia telah datang untuk belajar di Ribat, Tarim. Mereka yg datang kepada ilmu beliau. Rahsianya menurut Al-Habib ialah keikhlasan yg sebenar kepada Allah.

Benarlah, tidak semestinya natijah usaha kita akan kita lihat sendiri. Tapi mungkin, ia akan terhasil setelah beberapa ketika. Pokoknya, usaha dan terus usaha. Allah tidak pernah mempertanggungjawabkan kita untuk membahagi-bahagikan hidayah kepada makhluk. Kerana hidayah itu bukan hak kita. Hatta Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sendiri tidak diberikan tanggungjawab sebegitu. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah Subhanahuwataala.

Maka, Allah Taala tidak akan menyoal adakah ada manusia mahupun jin telah menerima dakwah kamu? Tapi soalan yg akan diajukan ialah adakah kamu telah berdakwah?

Karya-karya beliau:
  • [1] الطوالع السعدية في بيان مهام الدعوة الفردية
  • رسالة الغريب 1 و 2
  • رسالة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
  • الجواهر من كلام السادة الأكابر
_______________
[1] Kitab ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Abd Aziz Al-Yamani, diterbitkan oleh PMRAM.

Blog Widget by LinkWithin